Sabtu, 9 April 2011

Lelaki ke perempuan ni?..

Perjalanan memang memenatkan, hampir 3 jam aku menunggu bas untuk ke destinasi seterusnya, hari ini aku akan pulang ke kampung bagi melepas rindu yang sarat didada pada insan yang tersayang. Oopps..jgn salah faham pula, insan tersayang yang aku maksudkan adalah keluargaku, emak dan abah. rindu benar aku pada mereka. Minggu lepas kak Ngah menelefon aku, katanya banyak buah durian dikampung sekarang. Wah, ini sudah bagus, aku memang hantu durian, sebakul durian pon boleh aku habiskan, lepas tu..demam seminggu, padan muka aku degil sangat. Erm..aku bekira-kira, melihat jam di telefonku, sudah jam 4.30, kelibat bas belum muncul lagi, penatnya aku. Pinggang dah mula sakit, mata pon da mengantuk. Tadi setiba di stasen bas aku terus menuju ke surau untuk menunaikan solat zuhur. Aku terburu-buru bersiap kerana menyangka bas suda tiba, tapi tidak. Aku terpaksa menunggu lagi. Hermmm...nasib badan.

Sedang aku asyik menikmati keropok lekor yang kubeli. Tiba-tiba aku disapa, terkejut beruk aku bila melihat seorang lelaki yang agak brutal penampilannya menegur aku. Cuak, takut dan perasaan aku tika itu bercampur baur. "Apa yang dia mahukan dari aku?..jgn buat pasal nanti aku menjerit baru tahu, aku terkedu apabila jejaka itu membuka cermin mata hitam yang dipakainya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati jejaka itu 'Shima'. rakan sekolahku. Dulu Shima seorang yang pendiam. bercakap pon macam berbisik dalam kelambu...


Seperti tidak percaya siapa yang berdiri dihadapanku, aku seolah kaget, gelabah bila disapa, terkejut aku dengan perubahan yang mendadak dalam diri Shima, erm..mungkin sudah agak lama kami tidak bersua muka aku sudah ingat-ingat lupa wajahnya. Hanya mata dan bentuk muka sahaja yang meningatkan aku padanya. Perubahan yang sudah memang kujangka sebenarnya, tetapi aku menjangkakan tidaklah sedrastik ini perubahan Shima. Aku mnyambut huluran tangannya dan kami pun bersalaman. Aku dapat merasakan ada mata-mata yang memerhatikan kami, maklum sajalah ramai juga makcik2 yang turut berada disitu. Apa-apa pun tanggapan mereka aku tidak kisah, yang penting aku tahu batas pergaulan. Shima bukan lelaki seperti yang mereka sangkakan. Mungkin boleh aku katakan bahawa kawanku ini adalah dalam golongan "penkid". jadi tidak ada masalah untuk kami bersentuhan. Pada mulanya aku agak keberatan menyambut salam dari Shima, kerana kekok ekoran aku tidak pernah bersentuhan dengan lelaki kecuali Muhrimku, mungkin orang yang memerhati memandang kami dengan pelbagai andaian, Ah!..persetan semua itu, walaupun perwatakan kami bebeza tetapi hakikatnya dia tetap PEREMPUAN walau diubah bagaimana cara sekalipun hakikat kejadian tidak akan berubah!...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan