Ahad, 3 April 2011

Kawan? Teman? Sahabat?...yang mana pilihanmu?..

erm..ak sendiri tidak pasti perasaan aku ketika ini. mahu melepaskan amarah atau aku sebenarnya kesal dangan sikap sesetengah orang yang tidak tahu menghargai erti sebuah persahabatan. Dimana kejujuran seorang teman, dikala kesedihan atau dirundung duka, semua cabut lari tak nampak muka, tetapi bila kita gembira semua ada dakat dengan kita. Aku tidak pelik dengan sikap insan seperti itu, manusia memang begitu datang bila kita senang dan hilang bila kita benar-benar memerlukan. Satu keluhan berat ku lepaskan, mungkin salah aku sendiri terlalu percaya pada orang. Tapi aku mempercayai rakan sendiri,tidak salah bukan?...aku tidak mahu menyimpan curiga pada sesiapa jua, inikan pula pada insan yang bergelar rakan. 

Pernah aku ceritakan padanya tentang masalah yang aku hadapi, bukan untuk membebankannya, tetapi sekadar menjadi pendengar sudah memadai. Selama ini, aku merasakan dia adalah pendengar setia, kerana kami menuntut dalam bidang yang sama di Universiti. Satu bidang yang mendalami jiwa manusia, sudah semestinya kami sepatutnya menjadi pendengar setia dan pemegang rahsia yang paling utuh sekali. Tapi sangkaanku meleset, dia tidak ikhlas menjadi pendengar masalahku, aku tahu kerana dia pernah menytakan bahawa dia rimas mendengar cerita orang lain. Menyusahkan!!!..aku jadi hilang percaya apabila dia sewenang-wenang menceritakan perihal kawan baiknya di kampung kepada kami sebagai bahan gurauan.mungkin juga ceritaku telah dicanang..siapa tahu?..tidak mengapalah, aku tidak ambil kisah sangat, yang penting kami tetap 'kawan'...sehinggalah satu hari, semuanya berubah selepas program yang kami jalankan di sebuah sekolah. Aku tidak pasti punca keretakan itu?..kami semakin jauh. Tidak seperti dulu. 3 orang ke barat dan 2 ke timur..masing-masing diam seribu bahasa... 

Aku pernah menyuarakan rasa kecewa ini dalam 'laman sosialku' tidak perlu aku nyatakan disini. "kawan, teman, sahabat?..yang mana pilihan anda?..kawan memang ramai, tapi susahnya nak cri sahabat? " sekadar itu saja penyataan yang aku tulis pada status laman sosial ku. Tindakan itu sekadar untuk melepaskan tekanan dalam jiwa kerana tidak ada sesiapa yang sudi mendengar keluhan aku. Tetapi niatku disalah ertikan oleh sesetengah pihak.mereka mengandaikan ucapan itu ditujukan Khas buat mereka. Ya ALLAH, sumpah tidak terdetik sedikit pun dalam hati. Kata-kata itu bukan ku tujukan pada sesiapa. Tetapi sekadar untuk renungan bersama. Aku pelik dan hairan masakan mereka boleh tersa dengan 'kata-kata' itu?..sedangkan sebelum ini hubungan kami agak baik. Kadang-kadang aku terfikir juga mungkin ada dalang disebalik apa yang terjadi. Sikap mereka berubah seratus peratus. Pernah aku bertanyakan pada mereka apa salah ku?..dengan rasa rendah diri dan aku rela meletakkan maruahku di tapak kaki, aku memohon maaf walaupun aku sendiri tidak pasti apa kesalahan yang telah aku lakukan. Aku cuba bermanis muka dan menegur seperti biasa,tetapi hampa. Mereka acuh tidak acuh saja. Aku tidak kisah dengan semua itu, kini aku telah mengenali siapa mereka sebenarnya 'sahabat?..teman?..atau rakan?..kesemuanya mempunyai maksud yang sama tetapi konteks yang berbeza. 'itulah Kawan' datang bila senang pergi bila kita memerlukan'....dan pergi meninggalkan bila rasa tidak diperlukan...


"Mudah untuk mencari kawan, tetapi sukar untuk Temui Sahabat"

2 ulasan:

  1. kawan, sahabat dan teman...
    ketiga2 mpunyai mksud bbeza...

    kdg2 ap y kita fikirkan xsama dgn apa yang org lain fikirkan...mmg bkn niat kita u menyakiti tp salah sangka sering menguasai diri...

    setiap y berlaku pasti ad hikmah y tsembunyi...
    terimalah dgn hati y terbuka

    BalasPadam
  2. mari baca sini

    http://mutiarahati88.blogspot.com/2011/02/satu-dalam-sejuta.html

    BalasPadam